madammondoq
  • HOME
  • ABOUT MADAM
  • NUFFNANG
  • SPONSORED
  • PARENTING
  • BEAUTY
  • HEALTHY
  • FOOD
  • HOLIDAY
  • CONTEST
  • MEDIAMONDOQ
You are here : madammondoq » Simply Siti » Isu SIMPLY SITI Tidak Halal

Isu SIMPLY SITI Tidak Halal

Posted On Friday, 05 Aug 2011 By madam. Under Simply Siti  Tags: Dato Siti Jelas Isu Simply Siti Tidak Halal, Isu SIMPLY SITI Tidak Halal, Produk Simply Siti Tidak Halal, Simply Siti Ditarik Sijil Halal, Simply Siti Tidak Halal JAKIM  

Huh tengah panas pulak cerita Produk Simply Siti tidak halal dan telah disahkan oleh JAKIM sebab dibuat dari bulu babi. Adoii… betul ke ni? Aku dah lah pengguna setia produk Simply Siti ni. Tapi produk yang aku guna tu takde yang berasaskan berus.. huhu..

Katanya banyak syarikat yang ditarik balik status halal produk mereka oleh Jakim dan syarikat Simply Siti Sdn Bhd adalah salah satu syarikat yang telah ditarik balik logo halal keluaran produknya. Menurut jakim lagi, kebanyakan syarikat yang telah ditarik balik status halal kerana penggunaan kandungan terlarang dalam sesuatu produk. Produk Simply Siti tidak selamat digunakan oleh pengguna Islam kerana kandungan sampel berus produk tersebut menggunakan bulu babi sebagai ramuan. Oh.. adakah benar semua ni Tok ti?

 

simply siti tidak halalCredit Picture Twitter Dato’ Siti Nurhaliza

 

Dengan sepantas kilatnya Dato’ Siti telah menjelaskan isu Simply Siti tidak halal ini di twitternya.. menurut ayat yang lebih jelas yang Dato’ Siti tweet tu macam ni :

 

Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim

 

Dahlah aku baru je dapat panggilan dari staff Simply Siti beberapa hari lepas yang diorang nak pos kan kat aku sample Project Glory yang aku jadi antara testimoninya tu. Lepas aku test sample tu untuk seminggu, aku ada bagi beberapa komen tentang produk baru yang akan Simply Siti keluarkan tak lama lagi. Then now Simply Siti dah buat penambahbaikan dan akan bagi semula  untuk aku cuba lagi sekali.

Apapun harap-harap isu yang tengah hangat diperkatakan ini tidak benarlah.. huhu.. Kita tunggu pulak apa kenyataan dari pihak Jakim tentang isu Simply Siti tidak halal ni ye.

DONE!


Tweet

41 Responses to “Isu SIMPLY SITI Tidak Halal”

  1. edy says:
    08/06/2011 at 12:22 am

    nasib baik halal… n wah madam jadi testimoni ss ek.. mesti best!!!
    edy recently posted..bahana internet prepaid

    Reply
    • madam says:
      08/06/2011 at 11:48 am

      hehe.. best lah jugak sebab dapat lipstick ss free..

      Reply
      • edy says:
        08/07/2011 at 5:39 am

        hehehe… janji free :) edy recently posted..bahana internet prepaid

        Reply
        • madam says:
          08/08/2011 at 8:30 am

          free apa?

          Reply
          • edy says:
            08/08/2011 at 10:02 pm

            aik.. kata dapat lipstick free…

          • madam says:
            08/09/2011 at 10:40 pm

            memanglah dapat free.. napa ye?

          • edy says:
            08/09/2011 at 11:04 pm

            takder paper… tumpang gembira dapat bonus… hehehehe
            edy recently posted..BONUS OH BONUS

  2. Kasimo Aloi says:
    08/06/2011 at 1:12 am

    Banyak juga isu dna ni keluar….
    Kasimo Aloi recently posted..[Teknik churp churp] – Bagaimana saya dapatkan 232 klik.

    Reply
    • madam says:
      08/06/2011 at 11:48 am

      tulah.. bahaya tol.. tp mesti kita nak tengok buktinya kan?

      Reply
      • Kasimo Aloi says:
        08/06/2011 at 1:46 pm

        bukti tu penting…
        mana tau ada yang nak sabotaj produk orang tu…

        tapi apa pun langkah berjaga2 perlu diambil juga…
        Kasimo Aloi recently posted..[Teknik churp churp] – Bagaimana saya dapatkan 232 klik.

        Reply
        • madam says:
          08/08/2011 at 8:26 am

          tulah.. mana tahu gak ada yang cemburu dgn kejayaan tok ti tu.. ada pulak yg nak dengki kan..

          Reply
  3. Faeiz says:
    08/06/2011 at 2:09 am

    Harap madam mondoq dapat postkan follow up tentang isu ini nanti.
    Faeiz recently posted..Playstation Vita – Legasi PSP diteruskan?

    Reply
    • madam says:
      08/06/2011 at 11:49 am

      insyaallah.. i will..

      Reply
  4. Sir Marcello says:
    08/06/2011 at 7:14 am

    bulu babi? halus ke? hahaha…
    adakah MM dengar isu ini dari sebarang khabar angin or memang JAKIM ada keluarkan statement?

    Jangan risau…SimplySiti antara produk professional…kalo ada issue..diaorang sure punya settle cepat2…
    Sir Marcello recently posted..Bila Menulis Dalam Keadaan Lapar Dan Dahaga Di Siang Hari

    Reply
    • madam says:
      08/06/2011 at 11:51 am

      dah banyak berita tersebar.. dan i pun yakin gak SS ni halal..

      Reply
  5. Juan says:
    08/06/2011 at 9:45 am

    siti dah jawab kat twitter yang simply siti itu halal, so isu x halal dah tamat, ehhehe
    Juan recently posted..Delete the Undelete Files

    Reply
    • madam says:
      08/06/2011 at 11:51 am

      tulah… harapnya gitulah.. sian tok ti.. huhu..

      Reply
  6. tipskerjaya says:
    08/06/2011 at 10:16 am

    waa dapat menjadi salah seorang pemberi testimoni,, kira bukan calang-calang orang lah ni
    tipskerjaya recently posted..pekerja yang terbaik bagi syarikat anda

    Reply
    • madam says:
      08/06/2011 at 11:52 am

      hehe.. takdelah.. mana ada.. ada dalam 20 org yg dapat tu..

      Reply
  7. fasz says:
    08/06/2011 at 11:39 am

    byk dah terjadi rumors camni, mcm ada org nak jatuh kan busines siti je…
    fasz recently posted..Menu Speacial Di Bulan Ramadhan

    Reply
    • madam says:
      08/06/2011 at 11:53 am

      tulah kan.. ada je yg dengki.. ish.. ish..

      Reply
      • faz says:
        08/08/2011 at 9:31 am

        mesti org tu tk puas hati dengan siti n nak jatuh kan siti…eh main tuduh je …haha
        faz recently posted..Menu Speacial Di Bulan Ramadhan

        Reply
        • madam says:
          08/09/2011 at 10:33 am

          tulah.. jeles kot dgn kejayaan siti.. huh.. sib baik Jakim dah jawab isu ni.. lega den rasa..

          Reply
  8. Juanita says:
    08/06/2011 at 12:21 pm

    Sblm berita disebarkan kluar. Da dgr dari fews friends yg dlm line biology nie. Derang pun xbrani nak komen apa2. Just mention, money is power….hmmm…xbrani nak tanya lebey2.

    Reply
    • amirnawawi says:
      08/06/2011 at 12:40 pm

      Betul tu kak.. But cukupkah setakat statement dari Tok Ti ni membuktikan yang benda tuh halal.. JAKIM ape cerita sekrang.. Byak persoalan nih..

      Reply
      • madam says:
        08/08/2011 at 8:25 am

        rasa JAKIM blom bagi full bukti lagi..

        Reply
    • madam says:
      08/08/2011 at 8:24 am

      tulah.. bila lah JAKIM nak buktikan btol2 ni..

      Reply
  9. juanita says:
    08/06/2011 at 1:05 pm

    Lebih manis klu jakim dapat kluarkan statement bertulis.
    juanita recently posted..TERIMA KASIH

    Reply
    • madam says:
      08/08/2011 at 8:25 am

      aa.. setuju2!!

      Reply
  10. kakyong says:
    08/06/2011 at 2:00 pm

    Jakim memang ade keluorkan surat utk permohonnan yg tdk berjaya dlm permohonan sijil halal pada 20 Jul 2011..

    utk produk simply siti hanya melibatkan berus .. apa produk ss yg guna berus??? saya tak pasti range produk ss ni.. ade ke eyeshadow, maskara (yg berasaskan berus) ?

    boleh semak link sini
    http://sazuya.blogspot.com/2011/08/info-terkini-senarai-permohonan-yang.html

    ni lampiran yg related dgn ss
    http://4.bp.blogspot.com/-54rehjB8zMM/Tjt9CamrWKI/AAAAAAAANMY/N04KIyhIgJA/s1600/228934_1893995671539_1290976518_31703402_7896146_n.jpg
    kakyong recently posted..Layan gambor jer la hari ni

    Reply
  11. JMR says:
    08/06/2011 at 2:31 pm

    eh, harapnya btol2 disahkan HALAL la kan, sbb guna nama Siti, takkan siti nak jual produk tak halal lak kan..

    pas jadi testimoni, pastu leh jadi duta SS lak kan madam..:-)
    JMR recently posted..9 Status Update Fesbuk Bulan Puasa

    Reply
  12. hazman aka species1980 says:
    08/06/2011 at 2:34 pm

    Cik madam kan salah seorang dari wajah SIMPLY SITI…..keh3x….saya mesti pilih !!!
    hazman aka species1980 recently posted..Jom Bayar Zakat Fitrah….

    Reply
  13. ohcikgu says:
    08/06/2011 at 7:27 pm

    ok..tengok jakim kata apa plakk..
    ohcikgu recently posted..Lirik lagu dan Video Aku Suka Dia.. – Ainan Tasneem

    Reply
  14. Zarul Umbrella says:
    08/08/2011 at 9:07 am

    adoiyai mcm mcm hal..apa2pun kalau btul mungkin tidak sengaja atau terlepas pandang..takkan lah si CT tu nak bg bulu babi kat org kann
    Zarul Umbrella recently posted..“Sayang Bersebab” da release

    Reply
    • madam says:
      08/09/2011 at 10:30 am

      tahu takpe.. tapi sib baik Jakim dah jawab dah isu ni.. lega rasanya..

      Reply
  15. kid says:
    08/08/2011 at 10:09 pm

    kid dulu terbabit dalam kosmetik gak.. hmmm.. halal haram ni luas isunya,,
    kid recently posted..Gendang Gendut Tali Kecapi

    Reply
    • madam says:
      08/09/2011 at 10:41 pm

      uish.. terbabit? kosmetik apa tu?

      Reply
      • kid says:
        08/09/2011 at 10:53 pm

        simplysiti ni dapat kelulusan dari mana? KKM atau sbgnya? adakah beliau sendiri owner atau cuma duta?
        kalau beliau punya sendiri, dimanakah kilangnya?
        adakah mempunyai bahan hydroquinone? dan ada tak methylparaben, glicerin yang disahkan sumbernya dll..

        ooopppsss.. banyak tanya lak kid nih.. cer citer.. cer citer..

        p/s: kid cuma baru tanya soalan biasa.. dan tak tau pasal produk ni lagi. :) kid recently posted..Jom BBQ!

        Reply
        • madam says:
          08/10/2011 at 4:47 pm

          amboii.. banyaknya soklan u bro? apa kata pi jenguk sendiri website Simply Siti ni. lagi banyak details situ.. jenuh i nak jawab kat sini.. huhu..

          Reply
  16. nurmisnan says:
    08/24/2011 at 9:09 am

    aku tak guna produk SS jadi tak was2.. hik3
    nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #14

    Reply
    • madam says:
      08/24/2011 at 5:15 pm

      haha.. lagi senang citer kan?

      Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. JAKIM Kesal Isu Simply Siti Tidak Halal Tersebar | madammondoq
  2. Edisi Terjah Ofis Simply Siti | madammondoq

Leave a Reply

Click here to cancel reply.

CommentLuv badgeShow more posts

« Ustaz Ustazah Cilik
Great Ocean Road Journey Melbourne »
  • Inspired Magz
    Easy Mashable Social Bar Wordpress plugin
    Recommend on Google
    • RSS Feed
    • LinkedIn
    • Google Plus
    Get this plugin »
    Inspired Magz
  • Madam’s Instagram
  • Hot Topics
    • Seminggu yang sesuatu..
      465 comments received
    • AVILLION ADMIRAL COVE Terasa Macam Di Overseas
      336 comments received
    • Villa Victoria Memang Superb Untuk Honeymoon
      310 comments received
    • Hadiah My Happiest Moment Dah Sampai!
      249 comments received
    • My Pinky Moments Contest
      241 comments received
  • Recent Posts
    • Dugro 5 Power Nutri Yang Superb Best!
    • Dugro 5 Power Nutri Yang Hebat Dan Sedap!
    • Cerita Bersalin – Part 2
    • Cerita Bersalin – Part 1
    • WORDLESS WEDNESDAY : Penangan Habis Pantang
    • I’m Back!! Weeeehuuuu….
    • Madam Dah Stop Blogging Ke?
    • Awan Nano.. Nano.. Nano.. Nano.. Nano……
    • Beli Buku, Dapat IPAD 2!
    • Bali Trip Part 5 : Like Being In Another World..
  • Recent Comments
    acne treatmentacne treatment Says:
    It's actually a cool plus handy part of info. I am...
    http://conselho.org/http://conselho.org/ Says:
    This is really interesting, You're a very skilled ...
    SueSue Says:
    Cantik giler. Aah la.. nak tau jugak u ambik trave...
    igf-1 lr3igf-1 lr3 Says:
    Wonderful site. A lot of useful information here. ...
    nur rifhannur rifhan Says:
    mcm mne ye klau saya nk buat booking dn ampang dim...
  • Top 10 Commentators This Month
    • acne treatment (1)
    • elle (1)
    • http://conselho.org/ (1)
    • http://www.somosp... (1)
    • igf-1 lr3 (1)
    • nur rifhan (1)
    • Sue (1)
  • Search articles by month
  • Search articles by categories
  • Madam’s Ranking And Visitors

    continously from www.madammondoq.blogspot.com
    Page Rank Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
  • Proudly Hosted & Powered By
    Wordpress.org
    ServerFreak
RedCube WordPress Theme By Korean Fashion
Texas Personals | Atlanta Dog Sitters | Electrician Job Openings
Copyright © 2013. All Rights Reserved.