Hari Sabtu yang lepas aku join Majlis Berbuka Puasa dengan semua kawan-kawan sebatch masa aku study kat KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dulu. Kira kitorang ni batch DIT (Diploma IT) tahun 2003 – 2006 kat KUIS dulu. Lepas habis gradkan masing-masing dah bawak haluan sendiri. So setiap tahun kitorang akan adakan Majlis Berbuka Puasa, time ni lah baru leh kumpul-kumpul, jumpa-jumpa, borak-borak, gosip-gosip. Kalau tak buat majlis ni, jawabnya memang tak kan dapatlah nak kumpul kat mana-mana.
Kali ni kitorang buat Majlis Berbuka Puasa ni di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Jenuh jugaklah aku nak cari tempat ni, jauh terperuk kat area MMU sana. Tapi so far tempat ni ok.. makanan semua sedap-sedap belaka. Paling best sekali Daging Panggang Blackpepper, memang superb!! banyak giler aku makan. Harga pun tak berapa mahal kat sini, RM39.90 se pax. So.. kira berbaloi lah kan kalau nak buat gathering ramai-ramai ni.
Macam biasalah setiap kali jumpa sure mesti akan happening giler punya. Ni kira dah tahun yang 3 kalau tak silap aku join. Dari Danish baby, sampailah dah besor ni ha.. Kalau dulu aku sorang je yang dah ada baby (maklumlah aku kan yang paling muda sekali dalam batch tu.. ahaksss..), yang lelain semua single mingle datang dengan pasangan memasing yek. Tapi kali ni.. ha.. korang tengoklah sendiri gambo kat bawah tu nanti.
Tapi kali ni some of my bestfriends tak dapat datang lak, so tak dapatlah aku nak hu ha hu ha dengan diorang. Tapi momantai lah.. yang datang tu pun semua memang dah happening. So.. still seronok sakan. Aku ucapkan tahniah kepada penganjur majlis yang tak jemu plan majlis ni tiap-tiap tahun. Semoga tahun depan dan seterusnya pun korang still buat lagi tau. Pada kawan-kawan lain yang telah hadir dan memeriahkan majlis.. korang memang best and sporting! Mintak-mintak tahun seterusnya pun korang join jugak ye. Aku insyaallah akan join tiap tahun selagi termampu lah.. K lah.. gambo tersangatlah melambak kat bawah tu.. so aku tak mo citer panjang-panjang.. korang layan jek lah yek.. layann…

Buffet Ramadhan Kelab Komuniti Cyberjaya

First time aku jumpa Buffet Ramadhan ada warning macam ni.. selalu aku jumpa time makan steambot jek. Tapi bagus jugak.. elak kan pembaziran..

Tu diaa.. penganjur majlis.. Datin Nana yang gorjesssssss….

Kalau ada datin mesti ada dato’nya kan? So.. ni orang kuat majlis.. Dato Muzaffar dengan isteri tercinta..

antara yang hadir.. Wira dengan ehem.. ehem.. yeay!! tahun depan naik pelamin.. upss!!!

Si Jaja dengan Kembar.. tapi kembar sorang lagi tak datang yek..

Nufran dengan Mokmin.. Nufran pes time join ni.. tahniah!! tahun depan join lagi tau..

Mat Nor dengan isteri dan si bujangnya..

Nabil and Ina dengan si puterinya.. Minah and husband dengan si puteranya..

Tok Kurinz dengan isteri.. eh.. bila nak dapat baby ni? ke.. dah ada?

Aa.. posing lah.. Anak sapo yang comot benor tu? huhu..

Minah posing sakan…

We all..

Nabil datang sorang tak bawak cik tunang.. cik tunangnya jauh di perantauan.. hehe.. Faiz pun datang sorang je.. pasangannya mana?

Dah jadi mak-mak orang dah semua…

Laling bagi ceramah kat Ustaz Nufran.. eh.. bukan sepatutnya Ustaz yang bagi ceramah ke? haha…

Nabil dan Wak..

Geng serumah di Vista.. tapi tak cukup korum daa….

Si Danish ni kan asik mintak adik girl je kan? tapi time aku dukung baby girl ni.. punyalah die jelessss.. ish.. budak ni.. camno ibu nak masak adik ni? hehe…

Lepas pujuk-pujuk.. baru ok… tapi baby girl tu pulak dah hampir tak ok.. (dukung baby girl sebab nak amik aura.. hehe..)

eh.. cam best pulak dukung baby ni.. hehe..

Gosip time..

Afiq anak dah 3 orang ok!! super pantas lah.. terkejut aku tengok memula tu..

Ok.. kenyang sudah.. sesi Datin nak kutip hutang.. “Mana duit?? sapa tak bayo lagi ni???”

Aa.. sekali Datin dah marah.. semua berpusu-pusu bayor hutang.. haha..
Last sekali.. acara wajib.. bergambar ramai-ramai.. ceteka sapa yang amik kan gambo ni? sapa yang takde dalam gambo tu lah.. hehe..

Ladies only..

Kaum-kaum bapak pulak.. semua tak mo bergambo dengan anak yek.. perasan bujang lah tu.. ceh.. laling ku je yang mithali.. chewahhh… haha..
p/s : Ni baru sesuku je gambonya.. ada semelambak lagi tu.. tak dan lah i nak tempek semua ye.. aa.. korang ex-DIT KUIS tu lepas baca sila tinggalkan komen di bawah ye.. hehe.. Thanks..
DONE!

Thanks kak Wahid! gambar sume lawa, sharp, cantik and terang..paling best gambar dgn cerita mmg kena..hahahaha…
of kos lah.. kalau dah tertempek kat madammondoq ni sure semua superb.. ekekeke…
eh wife si mamot tu tgh pregnant kan? semua dah ada suami n isteri n tunang n anak….sedih la tk dpt join…..tahun depan insyaAllah panjang umur sy join kalau tiada aral…..mesti lagi ramai anak-anak ….baby ayu, baby ajan, baby mamot, baby ija, baby girl kak wahid ek????opssss
faz recently posted..Juadah Bebuka 22 Ramadhan 1432 H
oo.. tgh pregnant ek? patut ada gaya.. hehe.. insyaallah.. tp rasa tahun depan kita dtg tgh memboyot kot.. hehe..
akak pon preggy ke???danish nak dpt adik ek???ek ???ek???????
faz recently posted..Wordless Wednesday: Karangan Terbaik di Papan Putih
uish.. blom lah.. tahun depan lah baru produce..
aminnnnnnnnnn…..
faz recently posted..TV merajuk di bulan puasa
Kuis tu yg kt Bukit Mahkota tu ker?
Zarul Umbrella recently posted..Penyediaan Kuih Akok..Resepi Tidak Disertakan…
yes!! tepat sekali.. pernah pergi ke?
hahaha saya dok Bukit Mahkota ler
Zarul Umbrella recently posted..Lagu Raya: Baru vs Lama
laa.. yerker.. kalau i singgah KUIS jenguk adik tu boleh lah singgah umah u sekali ek? ehe..
kihkih..danish jeles sbb bukan adik dia kot tu..kalo adik dia, mst syg gilernyer..
jmr recently posted..Seminggu sebelum Aidilfitri|23 Ramadan 1432h
tulah.. hope begitu jugak lah kan..
saya ex kuis batch 2008/2009.. hehehehe… kenal cik nufran seorang je
atiqsalleh recently posted..Tips Untuk Keselamatan Diri
ahaha xpuas tgk gambo2 nih…bess sgt2..klu de mase free tuh upload le byk2 laghik..hikhikhik..
amboii.. nak dapat masa free tu yg susah la ni.. huhu..
ustaz nurfan mendengar ceramah dari nazmi raja lawak.. hehhee
kid recently posted..Jaga-jaga dengan Web anda | Check malware
amboi.. amboi.. suka ek?
kak, bestnya dapat jumpe kwn2..huhu, syg x dpt join hari tue..insyaAllah thn depan nak join la.. =)
tulah.. best giler jan.. takpe.. tahun depan janji ek join..
hai…rupanya junior saya masa kat KUIS,tapi lain kos la….
nk mintak izin copy gambar boleh x? hehehe..
boleh no hal.. as long u credit it..